Pages

Friday, July 8, 2011

BAKSO JAWA BY LILY ELYNA


Hi...... dok terpk2 apa nk share resepi arini ek??? tiba2 ternpk wajah seseorng, terus terigt beliau penah post resipi yg best tu...

penah dgr bakso kan....? makanan femes kt Indon nuuu ehehheehhhe.... skr negara kita pn dh separuh indon ahahahhaa..... jd skr nk share lak resipi bakso... dpt resipi ni pn dr org sana.... bibik kepada kawan dan adik sya Lily Elyna *(tu yg cantik manis tu dia laaa ) ehehhe.... nama bibik tu kan..Mbak Harti *(bibik gambaq x buh nnt org berkenan )ehehehhe.... bakso yg best tu part meatballs tu kan.. ehhh kecur lakkk ayaq lioqqq... eehehee jom tgk resepinya...


BAKSO JAWA

Bahan2 nya :-

Tulang lembu (pemanis/stock)

Bebola Daging

Bawang Merah - kisar

Bawang Putih - kisar

Lada Hitam

Lada putih

Kemiri/ Buah Keras - Tumbuh Halus

Bawang Putih dan Bawang Merah di hiris dan di goreng

Daun Sup - Hiris

Daun Bawang - Hiris

Kiub Ayam

Garam secukup rasa


Cara-caranya :-

Rebus tulang lembu.

Tumis di kuali bawang putih, bawang merah sehingga wangi. Masukkan lada hitam, lada putih dan kemiri yang telah di tumbuk halus tadi. Masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa. Setelah masak, masukkan tumisan ke dalam air rebusan tulang lembu tadi dan rebus sehingga mendidih. Masukkan bebola daging. Akhir sekali taburkan bawang putih dan bawang merah yang telah di goreng tadi biar wangi sup. Semasa menghidang, taburkan daun bawang dan daun sup.


Sambal kicap :-

Tumbuk cili padi. Campur kicap manis dan perah limau nipis.


Boleh di makan bersama Mee , Bihun, Su'un dan Ketupat Nasi....

Simple kan.. sap sap soii leh buat..... jom ler kita buat ok... muahhhhhh!!!

Thank you my dear Lily Elyna....

3 comments:

  1. AMBOI kawan i ni dah ada blog nampak...hehehe good2.i suka la....nak cuba resepi ni nanti....sure sedap

    ReplyDelete
  2. ehehhe pertingkatkan diri majukan diri... thx... try arrr.. mesti sedap..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete