Pages

Thursday, January 20, 2011

NEW YEAR WITH NEW RESOLUTION




Salam n hi to all.... again... sgt lama x update blog.. seriously sgt bz... dh dkt nk hbs bln Januari dah baru sempat nk say 'HAPPY NEW YEAR" kt cni... so... as usual, new year, mesti ada azam... so azam i thn ni.... nk menjana pendapatan lebih utk kesenangan anak2 dan diri sndri gak...

selain dari menjual kek2 secara kecil2an, skr sy sdh terjun ke bidang perkopian.. jual kopi gitu... Kopi Omega.... penah dgr x? kopi ni sy sndri dh try dan sgt berkesan.. jd benda yg baik elok kita share sama2 kan...

sy x teragak2 lagi utk jadi dealer kopi ni sbb mmg berkhasiat... kopi ni ada beberapa jenis spt :

1)Habbatus Sauda White Coffee

2)Habbatus Sauda Black Coffee

3)Fibre White Coffee

4)Red Yeast White Coffee

5)Tongkat Ali White Coffee

nnt i will explain more bout tis coffee... byk sgt2 khasiat... till now, azan dh berkumandang, so kena stop dulu, kita smbg nnt ek..

Tata...

Friday, November 26, 2010

MY TINY KITCHEN




Ehhhh.... lamanyer x update blog i ni.... kenapakah??? sangat bz?? atau sangat malas??? hehehe




bz yg ianya.. dgn hal anak, suami, kehidupan, n now ada buat biz lakk lagi ler bz.. so pelan2 kayuh laaa.... macamana leh terjun ke bidang masakan plak ni ekk? sedangkan bkn pandai sgt masaknya..

cuba2 je kot2 leh tolong hubby cari duit utk family... cuppies, kek, puding, chocolates, pop cake.. n terbaru.. nasi lemak.. hihihi.... jadi makcik nasi lomak eden skr ni ye.... tp x pe, rezeki tu..... hehehe...

so.. nnt kita tulis lagi sbb dh rasa nk tidur, so penat.. kalau nk oder.. jgn malu2 ye... :)))

Sunday, July 25, 2010

OATMEAL AND APPLESAUCE PANCAKES


Hi All... wat a busy day for me today.. as usual.. sundays turned out to be a busy day for a homemaker like me.. coz tis is d day everyone is in d house!!!! being too lazy to cook for dinner, i browsed d internet again looking for sumting easy to prepare n found one interesting recipe.. "Oatmeal and applesauce pancakes" from allrecipes... hah??? pancakes for dinner.. ahhhh watever lahhhh as long as my hubby n kids stomach's full!!!! hehehe :))

This thick batter yields some seriously moist and delicious pancakes, batter may scare you but the pancakes turn out extremely good to the taste buds. So i start to prepare d ingredients.. gud..! coz everything are available in my kitchen... it was very very easy n delicious i may say coz my kids was very happy!!!! now, lets share d recipe.... jom!!!! lets try it frens....


Ingredients

1 cup all-purpose flour
1/3 cup quick cooking oats
1 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon cinnamon
3/4 cup unsweetened applesauce (dun hv tat, so i simply crushed some apples,add a cup of plain water n cook in a pan until it turned creamy)
1/2 cup fat free sour cream
1 egg, lightly beaten
1 teaspoon vanilla extract
1/3 cup milk

Directions

1.Heat a lightly oiled griddle over medium-low heat.
2.In a bowl, mix the flour, oats, baking powder, baking soda, and cinnamon. In a separate bowl, mix applesauce, sour cream, egg, and vanilla. Stir applesauce mixture and milk into the flour mixture until evenly moist and thick.
3.Scoop about 1/4 cup batter for each pancake onto the prepared griddle, and cook, turning once, until golden brown on both sides.

see.... easy rite??? ;)))

Friday, July 23, 2010

BEEF STEW BY BEAUTIFUL FRIEND OF MINE NUR IZAM MUSA




Salam again... tonite nk share beef stew recipe by my dear friend Nur Izam Musa.. actually.. tonite sgt2 malas nk masak.. so, i juz panggang ayam and celur tauge + nasi putih.. it was simple n yummy too.. ;)) and my dear friend Izam suggested me, in future y not try stew??? yup.. it's a gud idea Izam... but how to cook? i never cook stew before... and she straight away posted d recipe n i bet it's super delicious like her hehe...thx Darling Izam n coz u're so sweet, i share your recipe here.. hopefully many of u my frens will try it n enjoyyyy....

Ingredients

2 pounds stew beef
2 tablespoons vegetable oil
2 cups water
1 tablespoon Worcestershire sauce
1 clove garlic, peeled
1 or 2 bay leaves
1 medium onion, sliced
1 teaspoon salt
1 teaspoon sugar
1/2 teaspoon pepper
1/2 teaspoon paprika
Dash ground allspice or ground cloves
3 large carrots, sliced
3 ribs celery, chopped
2 tablespoons cornstarch

Directions
Brown meat in hot oil. Add water, Worcestershire sauce, garlic, bay leaves, onion, salt, sugar, pepper, paprika, and allspice. Cover and simmer 1 1/2 hours. Remove bay leaves and garlic clove. Add carrots and celery. Cover and cook 30 to 40 minutes longer. To thicken gravy, remove 2 cups hot liquid. Using a separate bowl, combine 1/4 cup water and cornstarch until smooth. Mix with a little hot liquid and return mixture to pot. Stir and cook until bubbly.

Ladle the stew into serving bowls and serve with the bread or rice...

FADILAT HARI JUMAAT



Salam n hepi morning to all... 2 hari i x post anythingkan.. alamak!!! demam teruk laa.. hehhe.. but now better.. Alhamdulillah.. sarapan apa hari ni..? alhamdulillah i pagi Jumaat yg mulia ni sempat prepare nasi lemak for breakfast.. bila hubby n anak2 kate "Alhamdulillah" lps makan dan sedawa.. gembira rasa hati.... :))

Pagi2 Jumaat ni rasa nyaman, indah dan bahagia sangat.. hari yg tenang, cerah..... so pagi ni i nak share lah skit fadilat2 hari Jumaat ni utk renungan kita semua.. moga dpt beri sedikit pengetahuan dan keinsafan kpd kita bersama... Moga hari ni segala urusan kita dipermudahkan Allah swt.. Amin...



JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).

Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:


•Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.

•Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.

•Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

•Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

•Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.

•Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

•Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

Wassalam...

Wednesday, July 21, 2010

Dewa 19 Once - Dealova (HQ)



Tis is one of my favourite... very much!!! juz wanna dedicate tis to my dear hubby.. Moga kasih syg dan cinta kita berkekalan dan tiada noktahnya.... Love u much!!!

Tuesday, July 20, 2010

CUPPIES FOR MY ANNIVERSARY



Salam again... n hi everyone... today lambat skit masuk blog sbb x sihat... pepagi dh b jd pilot kt klinik sbb kena nebulizer kikiki... n tq to d Dr yg bg 2 days MC to me.. walaupun MC tu mcm x leh guna je kan... maklum le kita ni duk umah je... tp skr dh ok sikit after nebu td n makan ubat.. so, buleh wat cuppies for my anniversary esok.. ni barang2 semua dh ada,tinggal nk buat je lagi...

kadang2 rasa pelik.. org lain suami nyer uii suka sgt laa kalu wifey buat kek la mcm2 la, ni suami i leh kate "buat apa asik nk buat kek je..nk berniaga ke?? dah laa awak tu x tahan panas, yg p serah bdn kt oven tu wat per??? x pyh, kalu nk makan ke, nnt beli je.." aikk kita tnya juge, "nape?? x sedap ker??" dia jwp.. "sedap.. mmg sedap.. tp kalau asik demam setiap kali buat kek, baiklah x pyh buat.. bukan kita duduk dlm hutan, x de kedai.."... laa.. buler ker gitu????

tp x peduli, nk buat juge... saje nk cuba2,sronok kan tgk org dok buat.. my sister in law tu, Zana.. sllu wat mcm2.. seronok tgk, kita pn nk cuba laa.. kalu x jd, cuba lg, kalu dak... bru brenti hehe..



jadi kt sini i buh resipi cupcakes yg simple sgt.. i amik resipi lagi skali dr Myresipi Ms Ad punye.. hihi..

Bahan-bahan ( 35 biji )

150 g mentega
185 g tepung naik sendiri
150 gram gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh vanilla

Untuk ising:

100 g mentega
200 g gula ising
2 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur

Cara-cara
1.Pukul butter dan gula hingga kembang
2.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
3.Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati
4.Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh 5.Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C
6.Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim
7.Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh tabut manik atau choc rice

saya kalau malas buat icing cari ni saya buat dgn whipping cream saje... lbh mudah utk org yg M skit cam saya.. hehhe...

apalagi, jom mulakan operasi....

Muaahhmuaahh....