Pages

Monday, July 19, 2010

BAKLAVA



Salam... ni i nk citer skit... mlm ni tiba2 rasa teringat kt my sis yg duk kt Ankara Turkey nu Eriena Nurmimi and tringin sgt nk makan baklava. Baklava ni sejenis manisan kt sana laa, sgt manis kata mereka n very hi calorie.. tp kalu sekali sekali apa salahnya kan?? i rasa bahan2 leh dpt kat jusco.. tp x tau le ngape, rasa malas sgt nk buatnyer... sbb igt nk juge Mimi buatkan.. hemmm... kat blog i ni, i nk post semua resepi yg i suka samada i sudahpun buat maupun tidak... apa saje yg i rasa i suka, i akan buh.. at least kita leh share kan... i x buat, u all buat ler.. then mai bagi i skit hikhik.. resipi i ambil dari myresipi... so ni dia resepi nya..

Bahan-bahan ( untuk 2-3 org )

185g fillo pastry
2 cawan kacang walnuts yang telah dipanggang.
1/2 cawan butter
1 sudu kecil ground cinnamon
** untuk sos baklava **
1 cawan air
1 cawan gula
1 sudu kecil vanilla extract
1/2 cawan madu

Cara-cara
1.Panaskan oven 175 c. cairkan butter. sapukan butter pada loyang pembakar.
2.Chop kacang walnuts dan gaulkan dengan cinnamon.
3.Letak 2 keping fillo pastry, sapukan butter dan letakkan 2-3 sudu besar kacang walnuts yang telah digaul dengan cinnamon tadi. ulang sehingga habis. pada bahagian atas (penghabisan) letak dalam 6-8 keping fillo pastry.
4.Potong baklava macam size kuih talam tu, dan bakar selama 50 minit (180 c) sehingga keemasan dan garing.
5.sementara tunggu baklava masak, buat sos baklava. didihkan air dan gula sehingga gula cair. masukkan vanilla extract dan madu. kacau sehingga 20 minit.
6.selepas baklava masak, remove from oven dan immediately tuangkan sos diatas baklava. jangan ditutup untuk mengelakkan baklava menjadi soggy.

haaa,camana? senang dak??? selamat mencuba utk diri saya sndri dan anda semua.... ;))

No comments:

Post a Comment